Minggu Pertama

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Seperti yang semua tahu,di internet ini terdapat pelbagai jenis agen pencarian maklumat yang boleh kita gunakan.

Antara contoh enjin pencari dalam Internet :

  • Google























  • Yahoo


  • Msn




  • Tripod




  • Metacrawler



  • Lycos





  • Dogpile



  • Altavista


  • Aol



  • Ask



  • Hotbot










CONTOH PENCARIAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI EJEN PENCARIAN DALAM INTERNET




 (1) GOOGLE
                                                                                   

1.1  PENGENALAN MORFOLOGI

1.1.1     TAKRIF MORFOLOGI

Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan.
(Abdullah Hassan,Morf ol ogi, 2006)
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan ayat.
(Siti Hajar Abdullah, Bahasa Melayu 1, 2008)

1.1.2     UNSUR-UNSUR MORFOLOGI

1.Secara umumnya, setiap struktur terbina dari unsur-unsuryang lebih kecil.
2.Struktur bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar menjadi satu
perkataan.
3.Kajian struktur perkataan dipanggilMorfol ogi manakala kajian mengenai binaanayat pula dipanggilSintaksis
4.Ada 2 unsur yang terlibat dalam membina perkataan iaituMorfem dankata.

MORFEM

1.Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan fungsi
bahasa.
2.Antara unsur-unsur bahasa seperti ber-, ter-, ke-, me-, -nya, -kah, -lah, -pun, -antidak boleh diperkecilkan lagi namun mempunyai fungsi seandainya digabungkandengan perkataan lain seperti bertanya, memaafkan.
3.Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas merupakan morfem
.
KATA
1.Unsur-unsur lain seperti rumah, kereta, pokok, udara, jalan danduduk tidak boleh diperkecilkan lagi kerana ianya tidak akan memberi makna.
2.Jika kata itu tidak boleh diperkecilkan lagi dan akan menjadi tidak bermakna maka perkataan itu juga adalah unit yang terkecil dan morfem.
3.Kata juga merupakan unsur morfologi yang digunakan untuk membentuk
perkataan lain.

1.1.3 TEORI PEMBENTUKAN KATA
1.Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dandibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
2.Terdapat beberapa bentuk perkataan seperti :
Perkataan tunggal seperti satu, baik, sekolah danpanj at.
Perkataan terbentuk hasil proses pengimbuhan seperti berkawan, terjunam, dan disarankan.
Perkataan terbentuk hasil pemajmukan dan penggandaan seperti buku tulis,
gambar rajah, bahan, bukit-bukaudan bantu-membantu.

 (2) YAHOO


KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat



(3) MSN


Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

(4) ALTAVISTA


Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
 Contoh : 
Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.


(5) METACRAWLER



Imbuhan kata kerja

Menerima tiga jenis imbuhan  awalan, akhiran dan apitan.
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran
varian
contoh perkataan
beR-
be-
bekerja

bel-
belajar

ber-
berkawal, berhasrat, berziarah
meN
me-
melawat, merasa

mem-
memberi, memproses

meng-
mengelak, menggali, menghabiskan

menge-
mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan
di-
di-
dipukul, dibaca
mempeR-
memper-
memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam
dipeR-
diper-
diperbaharui
teR-
te-
terasa, terasuk, terombak

ter-
terminum, terpisah, tercarut


(6) LYCOS


Kata dasar dalam bidang linguistik ialah sebahagian perkataan. Bagaimanapun, istilah ini telah digunakan dengan makna-makna yang sedikit berbeza. Dalam satu penggunaan, "kata dasar" ialah bentuk yang imbuhan dapat dibubuh.[1] Justera, dalam penggunaan ini, perkataan Inggeris, friendships, mengandungi kata dasar friend yang imbuhan -ship telah dibubuh untuk membentuk kata dasar yang baharu, iaitu friendship. Akhiran fleksi, -s, kemudian boleh dibubuh. Dalam suatu kelainan penggunaan ini, akar kata untuk perkataan ini (misalnya, friend) tidak diambil kira sebagai kata dasar.
Dalam suatu penggunaan yang sedikit berbeza dan yang digunakan dalam bahagian rencana ini yang berikut, sesuatu perkataan mempunyai satu kata dasar tunggal, iaitu satu bahagian perkataan yang sepunya untuk semua kelainan fleksi.[2] Justera, dalam penggunaan in, semua imbuhan merupakan sebahagian kata dasar, misalnya, kata dasar untuk friendships ialah friendship, dengan imbuhan fleksi -s dibubuh.
Kata dasar bukan sahaja boleh merupakan akar kata, misalnya, run dalam bahasa Inggeris, tetapi ia juga dapat bersifat kompleks daripada segi morfologi seperti kata majmuk (misalnya, kata nama majmuk "kereta api" atau "antarabangsa") atau perkataan dengan morfem terbitan (misalnya, kata kerja terbitan, "melembing" dan "memiawaikan"). Oleh itu, kata dasar untuk kata nama Inggeris yang kompleks, photographer, ialah photo·graph·er, dan bukan photo. Akar kata untuk bentuk kata kerja Inggeris, destabilized ialah stabil-, satu bentuk stable yang tidak dapat wujud bersendirian. Kata dasar de·stabil·ize merangkumi imbuhan de- dan -ize, tetapi tidak merangkum akhiran kala lampau fleksi, -(e)d, iaitu kata dasar ialah sebahagian perkataan yang imbuhan dibubuh.
Penggunaan perkataan "kata dasar" yang tepat bergantung kepada morfologi sesuatu bahasa. Misalnya, dalam linguistik Athabaska, kata dasar kerja ialah akar kata yang tidak boleh wujud secara sendirian dan yang menyampaikan nada perkataan itu. Kata kerja Athabaska biasa mempunyai dua kata dasar dalam analisis ini, dengan setiapnya didahului oleh awalan.


(7) ASK


1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
 
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.


(8) HOTBOT



Penjodoh bilangan ialah perkataan atau
morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.

Definisi dan contoh

Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasuk bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara, bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya.


(9) AOL

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata.Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi,terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.


(10) DOGPILE


Ayat Perintah
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut:

i)    Ayat suruhan
ii)   Ayat larangan
iii)  Ayat silaan
iv)  Ayat permintaan


i)    Ayat Suruhan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.



ii)   Ayat Larangan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat larangan ialah ayat yang  menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
     

iii)  Ayat Silaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau  mempersilakan seseorang.
     

iv)  Ayat Permintaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan atau pertolongan.