Tuesday 12 April 2011

Pengenalan =)

Dari sipadan ke Pulau Senggara,
     Singah sebentar dihulu pekan,
Lafaz bismillah pembuka bicara,  
     Assalamualikum saya ucapkan.....


Assalamualikum dan salam sejahtera =) .....


Untuk semester ini, subjek Bahasa Melayu yang saya pelajari ialah Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Pengisian tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran ini bagi saya sangat menarik dan mencabar kerana sepanjang waktu subjek ini kami hanya menggunakan komputer 100%. Hasil Pembelajaran yang kami perolehi melalui pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah 




1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

     Untuk melihat kerja-kerja yang saya laksanakan sepanjang mempelajari subjek ini,anda bolehlah melihatnya dengan klik pada  proforma dan minggu-minggu yang telah saya sediakan. Diharapkan agar kerja-kerja yang telah saya paparkan secara tidak langsung dapat membantu anda mendapatkan maklumat mengenai subjek ini.

Sekian,Terima Kasih...=)