Minggu Keempat

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu 




  • MEMILIH BAHAN SASTERA



  • Prosa Moden ( Cerpen )
Cerpen Bertajuk : Sanggup Ibu Membohongi Kita



    Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang
anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.
Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa
makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan
lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.


    Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu
senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu
berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak
gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai
ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang
masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan
menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

     Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara
persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul
1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan
beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata :
“Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.

    Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat
menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian
peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan
ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan
kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental
itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat
menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN
IBU YANG KEEMPAT.

   Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa
bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi
dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu
supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya
tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan
cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun
tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual
sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang
bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu
menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu
berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.

   Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran
ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir
seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari
tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu
yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya
ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara
orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


   Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima
berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin.
Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di
katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat
tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya
sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi
terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air
mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di
saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan
seperti ini.. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis
nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta
menutup matanya untuk kali terakhir kali.


   Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.




  • Prosa Tradisional ( Hikayat )

SINOPSIS HIKAYAT BAYAN BUDIMAN

Hikayat Bayan Budiman mengisahkan tentang seorang saudagar di negeri bernama Ajam yang bernama Khojah Mubarak. Beliau mempunyai seorang anak bernama Khojah Maimun. Khojah Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab apabila telah cukup umurnya. Khojah Maimun bercadang untuk pergi berlayar dan berniaga. Sebelum berlayar, Khojah Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya semasa beliau pergi berlayar. Seekor Burung Bayan dan seekor lagi Burung Tiung. Semasa hendak pergi berlayar Khojah Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermuafakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Sepeninggalan Khojah Maimun, Bibi Zainab berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang putera raja lalu di hadapan rumahnya Dan mereka salingberbalas senyuman. Semenjak hari itu Bibi Zainab dan putera raja saling jatuh berahi. Dengan perantaraan seorang tua pertemuan antara mereka telah dapat diatur. Sebelum meninggalkan rumah Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada Burung Tiung. Bibi Zainab berasa marah kepada Burung Tiung lalu menghempaskan Burung Tiung ke lantai sehingga matilah Burung Tiung.

Bibi Zainab kemudiannya meminta nasihat daripada Burung Bayan. Burung Bayan tidak melarang Bibi Zainab untuk bertemu dengan putera raja tersebut, namun begitu Burung Bayan telah berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa menangguhkan hasratnya dari satu malam ke satu malam untuk bertemu putera raja. Sehinggalah Khojah Maimun pulang dari berlayar. Burung Bayan yang bijak telah dapat menyelamatkan nyawanya dan menyekat Bibi Zainab daripada curang serta dapat menjaga nama baik tuannya

Hikayat Bayan Budiman mempunyai rentetan pelbagai cerita yang terdapat didalamnya. Dalam Hikayat Bayan Budiman ini, saya memilih Bab 23 iaitu cerita Sultan Adam sebagai teks kupasan saya. Dalam teks cerita Sultan Adam ini, terdapat banyak nilai-nilai yang disampaikan oleh pengarang. Antara nilai-nilai tersebut adalah nilai kepercayaan kepada agama, ketaatan dan kasih sayang.

Cerita Sultan Adam ini, menceritakan mengenai seorang Sultan yang memerintahsebuah kerajaan. Kerajaan yang diperintah oleh Sultan Adam terletak di dalam negeri Baghdad. Ketika zaman pemerintahan Sultan Adam, kebanyakan raja-raja memandang tinggi dan menghormati Sultan Adam. Hal ini dapat dibuktikan apabila raja-raja dan negeri-negeri lain menghantar ufti dan memberi pelbagai jenis hadiah. Sultan Adam turutmempunyai seorang putera yang bernama Raja Nasruddin Alim Syah. Putera tersebutmerupakan pewaris yang akan menggantikan takhta Sultan Adam. Dalam cerita ini,pengarang telah memasukkan nilai-nilai agama. Agama merupakan kepercayaan danpegangan setiap individu. Namun terdapat juga sesetengah masyarakat yang tidak mempercayai akan adanya agama. Dalam Hikayat Bayan Budiman ini , pengarang memaparkan bahawa Sultan Adam dan para pembesarnya menganuti ajaran agama Islam.Selain itu, rakyat dinegeri tersebut turut menganuti agama Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap masyarakat dinegeri tersebut mempunyai pegangan agama masing-masing.

Sultan Adam juga merupakan individu yang percaya akan keesaan Allah s.w.t. Hal ini dapat dijelaskan apabila Sultan Adam memberi nasihat kepada anaknya bahawa segala yang terdapat didunia ini adalah ciptaan Allah semata-mata untuk semua makhluknya. Apa yang diberi kepada kita didunia ini adalah sekadar pinjaman sahaja. Allah juga boleh mengambil dan memberi segala yang diberikan itu pada bila-bila masasahaja. Setiap individu haruslah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya Allahmemberi sesuatu dugaan dan bersyukur sekiranya mendapat rahmat daripada Allah.Dalam ajaran agama islam ilmu merupakan sesuatu yang sangat penting. Oleh sebab ituSultan Adam telah pergi mengembara bagi mencari ilmu yang berguna di dalamkehidupan. Dalam pengembaraan itu Sultan Adam telah menjadi seperti seorang rakyatbiasa. Beliau telah menanggalkan pakaian karajaan yang sentiasa dipakainya dandigantikan dengan pakaian yang memperlihatkan beliau seperti seorang yang miskin.Sehinggakan tiada seorang pun mengenali Sultan Adam. Hal ini menunjukkan SultanAdam benar-benar ingin mencari ilmu sehingga sanggup melepaskan segala kemewahanyang beliau miliki.

Sultan Adam turut menunaikan kewajipannya sebagai seorang islam yang berkemampun iaitu dengan menunaikan fardu haji. Beliau telah pergi menunaikan haji bersama-sama dua puluh orang fakir. Setelah selesai menunaikan haji beliau telah tinggal disebuah kampung iaitu Kampung Ulama. Tujuan Sultan Adam tinggal di kampong tersebut adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t Di sana beliau hanya mengaji dan melakukan amal ibadah. Hal ini menunjukkan Sultan Adam adalah seorang yang berilmu dan mementingkan ilmu pengetahuan. Ini kerana untuk mengerjakan ibadat haji seseorang itu haruslah mempunyai ilmu tentang fardu haji dan sebagainya. Selain itu Sultan Adam juga seorang yang mempunyai akhlak mulia dan berbudi pekerti. Ini dapat dibuktikan apabila Sultan Adam memberi nasihat kapada anaknya supaya memerintah negeri dengan adil dan saksama, bersifat sabar serta tidak mengikut hawa nafsu. Nasihat ini memperlihatkan beliau adalah seorang yang berakhlak.


  • Puisi Moden ( Sajak )


Guru OH Guru


Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang di apungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang
1979


  • Puisi Tradisional ( Pantun,Syair,Lagu Rakyat )

Pantun Kawan

Hasil karya : ibiasa
Tarikh siar : 22hb April 2005, 7:59:57 mlm

Seronok menyanyi "tepuk amai-amai",
                     Tidak perasan, tersepak arang,
            Bila berkawan, biarlah ramai,
                    Musah tidak, walau seorang.

          Sibuk menghitung, bilangan hari,
                    Sambil berehat di pohon redup,
         Ramai kawan, boleh dicari,
                    Rakan sejati, permata hidup.

         Duduk selesa wahai teruna,
                  Melihat isteri lembut menari,
       Teman bersuka, di sini sana,
                  Teman berduka, mana ku cari?

http://www.melayu.com//v2/karya/karya.php?thread=343





Syair Ilmu Itu Bekalan Hidup

      Berkata ilmu akulah sultan
             Kerajaan aku darat dan lautan
     Jahil berseru akulah syaitan
             Ikutlah aku merata hutan

    Ilmu itu gemala sakti
           Sinarnya cerah cahaya sejati
    Asal puncanya lamun didapati
          Sukar bercerai sehingga mati

    Harganya tidak dapat ternilaikan
          Sebuah dunia belinya bukan
    Kuasanya bersukar digunakan
         Di laut, di darat, di rimba, dan pekan


   Jasa seorang ialah taulan
        Teman berbeka suluh berjalan
   Jasa berhimpun ialah pengenalan
        Hiasan penyata polan si polan

   Bagi yang duka ia perghibur
        Ia penerang bagi yang kabur
   Ialah kandil di dalam kubur
       Lamun dengannya beramal subur

  Ialah penarang ke jalan syurga
       Ia pemuas tekak dan dahaga
  Ialah sungai ialah telaga
       Laut yang luas ialah juga

  Ialah alat sangat berguna
       Idaman orang yang bijaksana
  Hampirnya luas pandang sejuta
      Tepinya ajal sempadan fana



MEMILIH BAHAN TATABAHASA

Kata Nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya iniitu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan (sisipan)


MEMILIH BAHAN ILMU LAIN


Pendidikan Jasmani




Bola jaring

Bola jaring


Ciri-ciri
Contact
Tanpa-sentuhan
Ahli pasukan
Tujuh pemain dalam pasukan di gelanggang pada satu masa Seven, (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan)
Kategori
Dalam atau luar dewan
Bola jaring
1995
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.

Peraturan 
Gelanggang dan dimensi


Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.
Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.
Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang. Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat berjejari 4.9 m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m tinggi dari bahagian atas gelung sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman 380 mm dan terletak 150 mm dari tiang gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm. Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Strategi Untuk Hantaran Tengah

Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.

Strategi Hantaran ke Dalam

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

Strategi Pertahanan

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.


Pendidikan Seni


 BAHAN-BAHAN
kertas manila kad, kertas warna, lidi, gam, gunting, pensil warna.

 
 1. Lukis gambar kuda kepang pada kertas keras atau manila kad. Untuk memudahkan pelajar guru perlu menyediakan potongan gambarajah kuda kepang dan murid hanya perlu meniru pada kertas manila kad mereka.

2. Potong gambar kuda kepang sebanyak 2 kepingan.

3. Hasilkan bulu pada tengkok dan ekor dengan menggunakan kertas warna dan sapukan gam serta lekatkan pada rupabentuk kuda seperti dalam gambarajah. Lidi juga perlu dilekatkan bersama.
  
4. Cantumkan kepingan kuda kepang menjadi 1 bahagian seperti gambarajah diatas.

5. Hiaskan kuda kepang secara kreatif seperti melukis corak, tampalan kertas warna dan sebagainya. Ok selamat mencuba.





1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai. Selamat mencuba. Sekian.

Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.